Thursday, January 26, 2012

Bebaskan Masjid al-Aqsa !

21 Ogos adalah merupakan Hari al-Quds Sedunia. Tarikh 21 Ogos dipilih kerana memperingati tragedi pembakaran Masjid al-Aqsa pada 42 tahun yang lalu oleh seorang Zionis warga Switzerland, Dennis Michael Rohan yang kononnya dikatakan gila. Tragedi hitam tersebut merupakan antara peristiwa yang paling menyedihkan dalam sejarah umat Islam terhadap Masjid al-Aqsa.

Dalam Islam, selepas Masjid al-Haram di Makkah dan Masjid an-Nabawi di Madinah, Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis merupakan masjid ketiga paling suci bagi umat Islam. Masjid al-Aqsa telah menempuh suatu sejarah yang cukup panjang, malah dikhabarkan Nabi Adam alaihissalam adalah pembina masjid ini (40 tah
un selepas baginda mendirikan Masjid al-Haram). Di masjid inilah berlaku peristiwa Israk dan Mikraj, iaitu perjalanan Nabi Muhammad sallallahualaihi wasallam dari Masjid al-Haram menuju ke Masjid al-Aqsa dan s
eterusnya dibawa ke langit untuk bertemu Allah dalam masa satu malam.

"Maha suci Allah yang telah mengisrakkan (membawa pada perjalanan malam) hamba-Nya dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya untuk Kami perlihatkan kepadanya tanda-tanda kekuasaan Kami..."

(Al-Israk : 1)

Jika kita sentiasa menyorot akan perkembangan semasa yang berlaku kepada dunia dan umat Islam, suatu isu yang wajib menjadi perhatian kita walau 10 minit sehari ialah isu yang menyentuh bumi Palestin yang di dalamnya terletak Masjid al-Aqsa. Selain kekejaman dan kekejian yang direncanakan oleh puak Zionis Israel dan sekutunya terhadap perjuanga
n Hamas dan umat Islam di Gaza, jangan sekali-kali kita abaikan isu yang melanda Masjid al-Aqsa yang kita cintai ini. Memang sejak lebih satu abad dahulu pada era moden ini, Masjid al-Aqsa telah menjadi sasaran golongan ekstremis serta Zionis Yahudi dan Kristian yang bercita-cita untuk merobohkan masjid tersebut.

Sejak 1967 pula, iaitu setelah rejim Zionis berjaya menawan Masjid al-Aqsa dalam peristiwa Perang Enam Hari, pelbagai perkara keji telah dilakukan oleh mereka demi untuk mencemarkan kesucian masjid tersebut. Semuanya telah berlaku kepada Masjid al-Aqsa; diceroboh, dibakar, dikotori dengan najis, dihalang daripada dikunjungi oleh umat Islam, malah digali dasarnya dengan tujuan untuk merosakkan struktur asas binaannya. Dalam kejadian terbaru yang berlaku lewat Julai lalu, sempena meraikan penawanan Masjid al-Aqsa pada 44 tahun yang lalu, polis Israel telah
membenarkan tidak kurang daripada 60 penceroboh memasuki pagar Maghriba dan menceroboh perkarangan Masjid al-Aqsa. Tindakan biadap ini tentunya mendapat perlindungan daripada polis Israel, sehinggakan mereka mengancam umat Islam yang berada di sekitar masjid tersebut agar tidak membangkitkan sebarang bantahan terhadap pencerobohan tersebut.

Bukan itu sahaja, malah pada masa yang sama pencerobohan turut berlaku di sebuah masjid di perkampungan al-Mughayer di Ramallah, Tebing Barat, yang mana terdapat cubaan untuk membakar masjid tetapi gagal. Selain itu, mereka turut menconteng dinding masjid dengan tulisan Hebrew. Kita percaya semua kejad
ian ini
dirancang oleh rejim Zionis bagi melakukan provokasi yang berterusan terhadap umat Islam di Palestin. Saya percaya banyak lagi peristiwa yang serupa berlaku yang tidak mendapat liputan media-media utama dunia, yag mana merupakan rentetan kepada perancangan jahat Zionis terhadap Masjid al-Aqsa dan bumi Palestin sejak sekian lama. Soalnya, mengapa pihak Zionis begitu bernafsu besar untuk menguasai Masjid al-Aqsa? Mengapa tidak masjid yang lain? Tentu ada keistimewaannya Masjid al-Aq
sa ini dalam hati mereka atau pada kepercayaan mereka, sehinggakan mereka sanggup berbuat apa sahaja bagi menguasai masjid tersebut.

Menurut Maszl
ee Malik dalam buku popularnya "Al-Aqsa Dalam Bahaya!!", Masjid al-Aqsa begitu penting kepada kaum Yahudi kerana menurut kitab "Old Testament" mereka, di situlah terdapatnya "Haykal" ataupun kuil yang telah dibina oleh Nabi Sulaiman pada zaman kegemilangan baginda. Kuil tersebut telah pun diruntuhkan sebanyak dua kali sebelum ini dan kini hanya menjadi kenangan yang termaktub dalam kitab suci mereka sahaja. Bagi kaum Yahudi dan Zionis, kegemilangan zaman tersebut hanyalah milik mutlak kaum Yahudi dan tidak boleh dijadikan kredit bagi bangsa
mahupun agama lain di atas muka bumi ini. Haykal tersebut yang menjadi tempat ibadah utama bagi kaum Yahudi dipercayai terletak di bukit Moravia, iaitu di mana terletaknya Kubah al-Sakhra sekarang ini. Sejak awal abad kedua masihi, iaitu setelah kaum Yahudi yang terakhir meninggalkan Baitul Maqdis, mereka telah mencipta rukun iman baru sebagai kepercayaan mereka, iaitu mereka tidak akan pulang ke Baitul Maqdis sehinggalah munculnya "Messiah" (penyelamat) yang akan mengumpulkan kaum Yahudi di sana menjelang hari kiamat.
Bagi golongan Kristian Protestan pula, setelah melakukan "penyemakan semula" kepada kitab suci mereka, mereka akhirnya mempercayai bahawa suasana kedatangan Jesus semula ke dunia di Baitul Maqdis haruslah sama sepertiman
a suasana semasa beliau kali pertama muncul di sana. Beliau tidak akan muncul melainkan selepas terbinanya Haykal seperti yang disebutkan dalam Old Testament. Oleh yang demikian, untuk menyambut kedatangan semula Jesus, Haykal perlu dibina semula dan orang-orang Yahudi hendaklah dikumpulkan semula di Baitul Maqdis.

Akhirnya melalui gerakan Zionis yang telah ditubuhkan secara rasmi di Basle, Switzerland pada 1897, golongan Kristian Protestan dan Protestan Yahudi (Haskalah) telah bersetuju untuk membawa pulang orang-orang Yahudi dari serata dunia ke bumi Palestin dan Baitul Maqdis dan membangunkan semula Haykal (walaupun mereka berbeza kepercayaan, namun misi mereka tetap sama). Namun, untuk membina semula Haykal pada waktu ini adalah mustahil kerana di situlah terdapatnya Masjid al-Aqsa dan Kubah as-Sakhra. Oleh hal
yang demikian, mereka telah merancang untuk merobohkan Haram al-Syarif yang mana di dalamnya terdapat Masjid al-Aqsa dan Kubah as-Sakhra dan menggantikannya dengan pembinaan Haykal yang mereka impikan. Sebab itulah sejak tahun 1967 lagi dan berterusan sehingga kini mereka telah melakukan banyak usaha untuk merosak dan mencemar kesucian masjid tersebut.

Itulah serba ringkas realiti yang telah dan sedang berlaku terhadap Masjid al-Aqsa. Justeru, apakah tindakan kita sebagai Muslim yang peduli dengan nasib umat dan agamanya, lebih-lebih lagi terhadap nasib salah satu rumah Allah yang paling utama? Patutkah kita berterusan membiarkan pelampau-pelampau Yahudi dan Zionis bertindak sewenang-wenangnya terhadap Masjid al-Aqsa demi menjayakan makar jahat mereka?

Seruan Hamas yang akan melancarkan Intifadah ketiga bagi mempertahankan Masjid al-Aqsa harus kita sahut dan turut serta menyumbang sekadar kemampuan kita. Banyak cara yang boleh dilakukan bagi mengisi agenda perjuangan untuk membebaskan Masjid al-Aqsa. Ingatlah, jangan sesekali kita tidak berbuat apa-apa dalam isu ini, kerana manalah tahu ia adalah salah satu perkara yang akan ditanya oleh Tuhan sewaktu kita berada di alam baqa nanti!





No comments:

Post a Comment