Friday, January 29, 2010

Al-Aqsa As-Syarif


Keganasan dan kebinatangan Regim Israel, kuncu-kuncu dan pendokongnya tidak akan dapat dimaafkan. Baru-baru ini Viva-Palestina yang merupakan organisasi yang ditubuh di perangkat antarabangsa telah berjaya meraih sokongan dan memberikan suatu tamparan kepada regim Israel dan yang bersekongkol dengan nya. Di Malaysia, sebuah lagi pertubuhan yang tidak berasaskan keuntungan telah lahir dan akan berperanan menguruskan aktiviti membantu rakyat Palestin. Pertubuhan yang dimaksudkan ialah Al-Aqsa As-Syarif.
Al-Aqsa As-Syarif atau singkatnya AQSA membawa empat (4) misi penting dari malaysia ke Palestin iaitu (1)Informasi; (2)Bantuan; (3)Kewangan dan (4)Rangkaian.
AQSA akan memanfaatkan segala yang sedia ada di Malaysia untuk membawa misi menyelamatkan Masjid Al-Aqsa sekali gus membantu ummat Islam Palestin dan ummat Islam menewaskan rancangan Yahudi Durjana di bumi suci AL-Aqsa.
Selamat Berjuang dan Selamat Berbakti.